Thursday, November 1, 2012

Dengan RahmatMu Aku Mohon Pertolongan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t


Semoga sihat-sihat hendaknya bagi sesiapa yang membaca.... ;) Kejap lagi, ade weekly check-up baby di klinik. Hehe, insyaAllah semuanya okey2 belaka nanti. Amin.

Hanya entri yang biasa sahaja pagi nie untuk santapan rohani kita, tentang satu doa yang saya sering amalkan setiap masa & ketika. Hakikatnya hidup seorang insan ini sebenarnya bergantung kepada rahmat Yang Esa. Tanpa ada rahmat dari Allah, nak angkat tangan untuk suap makanan ke mulut pun payah. 



Apabila seseorang bergayut pada dahan yang rapuh, dengan mudahnya dia akan jatuh berderai. Tetapi sekiranya pautan itu pada sesuatu yang kuat & utuh, hidupnya akan selamat walau apa jua yang menimpa. Liku-liku kehidupan tidak selalunya indah, bahkan pelbagai cabaran & halangan sering melanda. Tetapi, indahnya kehidupan seorang hamba Allah, apabila pengharapannya adalah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Allah berfirman dalam surah at-Talaq ayat 3:

"Dan (ingatlah) sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."

Datanglah segala macam ujian, datanglah segala macam musibah, datanglah segala macam kesedihan & kekecewaan. Tetapi semua ini tidak akan pernah mampu untuk melawan kuasa Allah. Janganlah hidup ini hanya bergantung pada keupayaan diri, kerana kita tidak akan mampu... Janganlah juga kebergantungan hidup ini mengharap kepada manusia, kerana kita akan disia-siakan. Namun jika urusan hidup ini diatur oleh Allah, tidak ada satu kuasa pun yang mampu mencabar Kebesaran Kerajaan Allah.

Al-bukhari & Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w perbah bersabda yang bermaksud,

"Ketika Allah telah selesai menciptakan dunia dan seisinya, Allah menuliskan dalam sebuah kitab yang ada di sisiNya yang tersimpan di atas ArasyNya: 'Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu.' "

Maka mohonlah kepadaNya setiap masa & ketika, agar setiap yang kita lalui dalam hidup ini adalah dibawah naungan Allah. Walau sekelip mata, atau kadar masa yang lebih cepat dari itu, mohonlah dengan rahmat Allah, agar segalanya disusun & diurus olehNya. 



Doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada anaknya Fatimah r.a, dalam riwayat an-Nasai yang bermaksud, 

"Ya hayyu ya qayyum, wahai Tuhan yang Maha Hidup, & Maha Berdiri Dengan Sendirinya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku sekaliannya. Janganlah Engkau serahkan hidupku kepada diriku sendiri, walau sekelip mata." 

Sungguh ajaib hidup ini apabila Allah yang uruskan segalanya. Kerana dengan rahmat Tuhan itu tiada siapa yang mampu melawan. Jangan bersedih, Allah bersama kita... :)





Wasalam.....