Thursday, November 1, 2012

Dengan RahmatMu Aku Mohon Pertolongan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t


Semoga sihat-sihat hendaknya bagi sesiapa yang membaca.... ;) Kejap lagi, ade weekly check-up baby di klinik. Hehe, insyaAllah semuanya okey2 belaka nanti. Amin.

Hanya entri yang biasa sahaja pagi nie untuk santapan rohani kita, tentang satu doa yang saya sering amalkan setiap masa & ketika. Hakikatnya hidup seorang insan ini sebenarnya bergantung kepada rahmat Yang Esa. Tanpa ada rahmat dari Allah, nak angkat tangan untuk suap makanan ke mulut pun payah. 



Apabila seseorang bergayut pada dahan yang rapuh, dengan mudahnya dia akan jatuh berderai. Tetapi sekiranya pautan itu pada sesuatu yang kuat & utuh, hidupnya akan selamat walau apa jua yang menimpa. Liku-liku kehidupan tidak selalunya indah, bahkan pelbagai cabaran & halangan sering melanda. Tetapi, indahnya kehidupan seorang hamba Allah, apabila pengharapannya adalah kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Allah berfirman dalam surah at-Talaq ayat 3:

"Dan (ingatlah) sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."

Datanglah segala macam ujian, datanglah segala macam musibah, datanglah segala macam kesedihan & kekecewaan. Tetapi semua ini tidak akan pernah mampu untuk melawan kuasa Allah. Janganlah hidup ini hanya bergantung pada keupayaan diri, kerana kita tidak akan mampu... Janganlah juga kebergantungan hidup ini mengharap kepada manusia, kerana kita akan disia-siakan. Namun jika urusan hidup ini diatur oleh Allah, tidak ada satu kuasa pun yang mampu mencabar Kebesaran Kerajaan Allah.

Al-bukhari & Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w perbah bersabda yang bermaksud,

"Ketika Allah telah selesai menciptakan dunia dan seisinya, Allah menuliskan dalam sebuah kitab yang ada di sisiNya yang tersimpan di atas ArasyNya: 'Sesungguhnya rahmatKu mengatasi kemurkaanKu.' "

Maka mohonlah kepadaNya setiap masa & ketika, agar setiap yang kita lalui dalam hidup ini adalah dibawah naungan Allah. Walau sekelip mata, atau kadar masa yang lebih cepat dari itu, mohonlah dengan rahmat Allah, agar segalanya disusun & diurus olehNya. 



Doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w kepada anaknya Fatimah r.a, dalam riwayat an-Nasai yang bermaksud, 

"Ya hayyu ya qayyum, wahai Tuhan yang Maha Hidup, & Maha Berdiri Dengan Sendirinya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku sekaliannya. Janganlah Engkau serahkan hidupku kepada diriku sendiri, walau sekelip mata." 

Sungguh ajaib hidup ini apabila Allah yang uruskan segalanya. Kerana dengan rahmat Tuhan itu tiada siapa yang mampu melawan. Jangan bersedih, Allah bersama kita... :)





Wasalam..... 

Wednesday, October 31, 2012

Di Kala Kesunyian

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t... :)

Sejuk je hari nie, hujan. Alhamdulillah. Cuaca yang nyaman & dingin camni, duduk sorang-sorang, teringat dekat suami yang sedang bekerja. Hihii.... sunyi tanpa suami di sisi. Lambat lagi nak tunggu waktu habis kerja.. hmm... masa-masa nie lah teringat balik cerita-cerita suka sejak tinggal bersama... ^_^ Segala pujian buat Allah yang memberikan keceriaan dalam hidup kami setiap hari.. Semoga segalanya menjadi kenangan terindah kepadanya sekiranya ditakdirkan saya pergi dahulu... :') Hehe, bukan selalu layan perasaan nie. Sekali-sekala tak salah kan? : P 



Seronok rasa hati kerana diberi peluang menumpahkan kasih pada seseorang yang halal. Doa dan harapan saya agar kehadiran saya dalam hidupnya menjadikan dia lebih dekat kepada Tuhan. Suami yang soleh sepertinya berhak memiliki isteri yang melengkapkan agamanya. Maka harapan saya sebagai isteri, adalah ingin memperbaiki kelemahan diri agar perkahwinan ini membawanya ke syurga. 

Saya sedar ramai wanita di luar sana yang lebih mulia berbanding saya sendiri. Memang tidak dinafikan, saya sering cemburu dengan wanita-wanita itu yang selayaknya digelar mukminah solehah. Tetapi syukur ke hadrat Ilahi yang telah memilih saya yang kerdil ini sebagai teman hidupnya. 

Kebahagiaan ini, kita tidak tahu di mana penghujungnya. Dengan izin Allah, saya berdoa agar ia sampai ke syurga. Ikutkan hati, memang sering gundah-gulana juga membayangkan masa hadapan yang tidak pasti. Tetapi takut dengan sesuatu yang belum tiba akan menjadikan kita lalai dengan hari ini. Masa yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Berfikir tentang perkara-perkara menakutkan tentang hari esok akan mengganggu emosi hari ini. Di situ peluang syaitan membisikkan hasutan-hasutan yang boleh menggoyahkan hubungan antara suami & isteri. 



Maka, jangan buang masa! Hargai setiap saat anda bersama. Sambut kepulangan suami dengan senyuman &  berhias dengan cantik. Sediakan makanan yang digemarinya. Pasang wangian & haruman di rumah agar hatinya tenang & gembira. Berikan kata-kata yang lembut & indah kedengaran di telinga. Siapa tahu, itulah hari terakhir yang kita lalui bersama dengan insan yang disayangi itu. 

Hidup suami isteri, tidak selalu indah. Kadang-kala ada juga perselisihan faham & masam muka. Tetapi apa yang kita harapkan, 'perpisahan sementara' ini menghadirkan rindu dalam diri masing-masing. Kasih sayang yang dibina atas dasar cinta Allah, pasti ada keberkatan di setiap sudut. Yang baik itu indah, yang sukar itu juga indah. Apabila situasi sebegini berlaku, ingatlah hati, bahawa dialah hadiah yang telah diberikan oleh Allah. Dialah yang terbaik. Tidak akan ada orang lain lagi yang boleh memberikan kebahagiaan sepertinya. 

Bahagianya merayakan cinta, kerana cinta itu datangnya dari Allah. Semoga beroleh cinta yang membawa ke syurga. Amin.




Racun Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Saya doakan agar anda semua sentiasa gembira & hidup di dalam rahmatNya.... amiinnn...


Saya bukanlah seorang penulis yang baik. Kata-kata saya tidak berbunga, juga hanya ia petikan-petikan ilmu yang dikutip dari merata-rata. Saya bukan seorang yang alim, juga bukan berperibadi seperti wanita-wanita solehah yang lain. Kadang-kala hati rasa cemburu dengan kelembutan mereka, kehalusan kata-kata mereka, cemburu kerana mereka bisa manambat hati sesiapa yang memandang. Itulah insan-insan yang dekat dengan Allah. Kuasa Tuhan, tiada siapa mampu menghalang. Apabila Dia sayangkan seseorang di kalangan hambaNya, maka diperintahkan Jibril untuk menyeru sekalian isi langit & bumi untuk sayangkan hamba itu juga.

Insan kerdil seperti saya, yang masih merangkak-rangkak mencari jalan yang lurus. Kerap kali jatuh tersungkur akibat kelemahan diri sendiri. Bukan mudah melawan nafsu. Bukan mudah untuk istiqamah. Kerap kali juga air mata jatuh berlinangan, saat-saat terasa diri tewas dilanda dosa yang seolah-olah tiada kesudahan. Racun kepada hati.. itulah dosa.



Lidah yang beristighfar, bukannya hati. Lidah yang bertasbih, bertakbir, bertahmid, bukannya hati. Itulah 'taufiq' yang perlu dicari. Hidayah Allah datang. Tetapi tanpa 'taufiq' itu, hidayah tidak akan mampu dihayati oleh seseorang insan. Kita solat, alhamdulillah. Tetapi tidak terasa nikmat hampirnya kita kepada Allah. Kita mengaji, alhamdulillah. Tetapi tidak terasa manisnya setiap baris ayat yang dibaca. Kita berdoa, alhamdulillah. Tetapi tidak terasa kerdilnya kita dalam mengharap pertolongan dari Allah. Maka mohonlah 'taufiq' itu dengan "Ihdinas siratal mustaqiim.... Tunjukkan kami jalan yang lurus". 

Inilah peperangan yang tidak akan berhenti sehingga suatu hari yang pasti. Peperangan dengan syaitan yang hanya akan tamat apabila datangnya kiamat! Iman kita sebagai perisai, zikir kita sebagai kelengkapan, dan doa kita sebagai senjata. Hari ini hari engkau wahai iblis, esok lusa hari aku pula.

Dia yang sentiasa bergayut pada hati. Apabila disebut nama Allah, dia beransur pergi. Apabila lalai dari mengingati Allah, dia menghampiri. Dibisikkan ke dalam hati janji-janji manis yang meracun diri, hasutan-hasutan yang disukai oleh nafsu, agar terus jauh dari jalan Ilahi. Walau tidak terlihat oleh mata kasar, tetapi terkesan jua di hati. Maka berlindunglah kepada Allah, agar tidak diracun hati ini. 



Amin.



Tuesday, October 30, 2012

Wanita 3in1





Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah atas nikmat iman yang dikurniakanNya buat kita. Saya doakan anda semua berada di dalam perlindungan dan rahmat Allah sentiasa... :) 


Suami sudah pergi kerja, tetapi saya sudah bercuti untuk menyambut kelahiran si kecil bakal penyeri rumahtangga kami tak lama lagi, insyaAllah.... :) Rindu rasanya menjadi suri rumah 'sepenuh masa' macam masa belum dapat kerja dulu. hihiii... Syukur diberi peluang sekali lagi untuk menghargai nikmat ini. Bahagianya hati apabila sempat sediakan sarapan, sempat tengok suami gerak pergi kerja pagi-pagi, sempat siapkan kerja-kerja rumah dengan sebaik-baiknya, sempat sediakan makan malam yang sempurna, dan sempat sambut suami balik kerja dalam keadaan diri yang tidak compang-camping! hehehehe.....

Kita sebagai seorang wanita bekerja, yang juga merupakan seorang isteri & ibu memang sentiasa inginkan yang terbaik untuk semua yang berada dalam tanggungjawab kita. Tidak dinafikan kerja 3 in 1 ini adalah pekerjaan yang memenatkan fizikal, tetapi kudrat seorang wanita bukan terletak pada fizikalnya semata-mata. Bahkan kekuatan seorang wanita itu terletak pada hatinya. 


Wanita sebagai isteri, ibu & guru


Seorang wanita dikurniakan Allah kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Hatinya akan merasa sedih sekiranya keperluan suami & anak-anak tidak mampu dipenuhi sebaik-baiknya. Saya akan merasa kecewa apabila tidak dapat menemani suami bersarapan setiap pagi kerana perlu pergi kerja awal darinya. Oleh itu, saya akan siapkan sarapan, air kopi favourite suami, siapkan matrik card, stokin, hfon, wallet, air bekal, dan apa-apa keperluan untuknya pergi kerja. Maka, di tempat kerja saya laksanakan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh supaya kerja-kerja tidak dibawa pulang ke rumah. (Kalau bawak balik pun, memang tak buat hehehe....) Di rumah hanyalah masa untuk suami & keluarga. Guru sekolah seperti saya, waktu bekerja harian hanyalah sampai jam 4. Tetapi, kadang-kala bebanan kerja memaksa juga untuk pulang lewat ke rumah. Kalau tak sempat nak masak makan malam dan terpaksa beli sahaja, rasa kecewa lagi dengan diri sendiri. Seolah-olah gagal mengurus masa dengan baik. Kalau dah ada anak ramai  nanti entah macam mana agaknya ye? hihihiii... Itulah dia, priority seorang wanita ini adalah sebagai isteri. Jika suaminya redha, maka baiklah segala-galanya dalam hidup. 

Bersyukur kerana dihadiahkan oleh Allah dengan seorang suami yang memahami. Hidup dengan suami sebaik dia memang menyeronokkan dan memberi ketenangan dalam hati. Suami yang tidak memaksa, suami yang sering membantu buat kerja-kerja rumah, suami yang sabar dengan yang kurang dan bersyukur dengan yang banyak. Suami seperti ini dipuji Rasulullah, sebagaimana baginda pernah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik lelaki adalah yang baik terhadap isterinya." 


Gurauan antara suami isteri adalah penyeri ruamhtangga


Saya kasihan dengan nasib segelintir wanita, baik yang bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Ada yang ditakdirkan bertemu jodoh dengan seseorang yang hanya tahu meminta ini & itu, yang seolah-olah tidak faham akan penat lelah isterinya yang sentiasa menurut kemahuan suaminya. Naluri hati seorang isteri memang mahukan yang terbaik buat insan yang disayangi, tetapi isteri ini terseksa jiwanya kerana sikap suami yang hanya pentingkan diri. Bukan penghargaan sebenarnya yang ditagih seorang isteri, tetapi kasih sayang dari suami sendiri. Seorang wanita ingin merasakan dirinya disayangi, terutamanya dari suami yang dicintai. Kata-kata yang manis dari suami sebagai pendorong untuknya menjadi lebih bersemangat, dakapan yang mesra sebagai penenang hati, gurauan & senyuman dari suami sebagai pengubat kepada perkara-perkara yang merunsingkan. 

Pengalaman ketika dimasukkan ke hospital dahulu, seorang hamba Allah telah datang kepada saya (kebetulan saya di surau ketika itu) dalam keadaan teresak-esak. Wanita ini sangat stres dan ingin pulang ke rumah kerana takut sakit bersalin. Dia tidak mahu bersalin normal, tetapi mahu dibedah supaya sakit bersalin secara normal tidak terasa. Allah, bukan tempat saya untuk menilai keimanan seseorang, tetapi inilah yang berlaku apabila kita kurang bergantung sepenuhnya kepada Allah. Apa yang boleh saya nasihatkan dia hanyalah sakit itu penghapus dosa-dosa. Saya harap Allah merahmati dia dan bukakan mata hatinya untuk mengenal Allah & berserah jiwa raga kepadaNya. Saya katakan padanya, cuba telefon & berbual-bual dengan suami tentang cerita-cerita masa bercinta atau apa-apa yang menggembirakan. Tetapi dia membalas, bahawa suaminya bukan seorang yang begitu. Suaminya tidak suka perempuan yang lemah. Sehinggakan dia tidak pernah mengalirkan air mata di depan suaminya kerana takut dimarahi. Allah, kasihanilah wanita ini dan lembutkanlah hati suaminya. 


Lumrah wanita, suka menangis ketika gembira & berduka

Wanita memang lumrahnya suka menangis untuk melepaskan stres. Tetapi jika lumrah ini terpaksa ditahan di depan suami sendiri, memang suatu penyeksaan batin bagi seorang isteri. Semoga Allah merahmati dan mengasihani keluarga ini. 

Kerana itu, bagi sesiapa yang masih single & mencari pasangan hidup, janganlah hanya menurut kehendak hati. Sayang manapun kita dengan seseorang itu, hanya Allah tempat bergantung harap. Apabila berkenan dengan seseorang dan ingin memilikinya, berdoalah & mohon petunjuk dari Allah agar dialah orang yang paling baik untuk kita, dunia & akhirat. Allah akan sayang kepada hambaNya yang sentiasa mencariNya dalam susah & senang. Maka mintalah Allah tunjukkan hati kita untuk menerima seorang yang benar-benatr akan memberi kebahagiaan. Apabila Allah mengurus kehidupan kita, Allahu akbar, seolah-olah segalanya ajaib dalam hidup kita. Apa yang kita dapat, adalah melebihi dari apa yang kita jangka. Segala puji bagi Allah, semoga Engkau jadikan aku dan suamiku sentiasa mensyukuri nikmat pemberianMu.... 



Monday, October 29, 2012

Rindu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.. :)


Dah setahun tak masukkan apa-apa entry...hihii.. kali nie rasa nak pos cerita-cerita lagi dalam blog nie... insyaAllah... :)

Byk cerita suka duka dalam setahun nie. Tapi yang paling bes antara semua, ialah SAYA DAH JADI ISTERI... ;) Alhamdulillah.....

Syukur kepada Allah yang telah menemukan saya dengan jodoh yang paling baik. Suami yang soleh & bertanggungjawab, suami yang bijak dalam segala situasi, suami yang pandai baiki paip! haha... Sungguh tak layak rasanya diri ini menjadi isteri kepada lelaki sebaik dia.. Semoga Allah panjangkan jodoh kami hingga ke Syurga... :') 

Saya seorang hamba Allah yang lemah...kadang-kala kuat rasa keimanan padaNya, kadang-kala tewas dalam dosa... namun betapa besar nikmatMu ya Allah buat diriku.... Engkau telah mudahkan banyak urusanku.... Engkau berikan keberkatan dalam majlis perkahwinanku, rahmat dalam rumahtanggaku, kasih sayang dalam hatiku buat suamiku.. Engkau juga sentiasa memudahkan urusan rezeki kami.... Engkau juga kurniakan kami dengan kesihatan yang baik..... Sehinggakan perkara-perkara yang sukar bagi orang lain, Engkau telah mudahkannya buat kami... Maka dengan sifat Pemurah Mu jua, Engkau juga telah kurniakan kami sebuah kebahagiaan yang tidak ternilai, iaitu seorang khalifah kecil dalam rahimku... segala Puji hanya untukMu ya Allah... 

Khalifah Kecil : 5 Minggu

Setinggi-tinggi pujian kepadaNya yang telah mengurniakan hidayahNya dalam hati. Kerana hidayah itu juga, ibu boleh melihat sendiri kebesaran & kekuasaanNya setiap kali pergi scan baby. Kali pertama mengesahkan kehamilan, doc try scan, dan nampak juge kantung baby yang dah siap pada minggu ke-5. Alhamdulillah, posisi baby juga pada kedudukan yang betul. Allahuakabar, Dialah yang telah menyempurnakan permulaan proses kejadian seorang manusia. 

Khalifah Kecil:  Bulan ke-2


Allahuakbar. Hati mana yang tidak teruja melihat scan kedua ini. Daripada sebuah kantung kecil yang gelap, sekarang sudah kelihatan anak ibu yang comel di dalamnya. Keciknye dia... :) 

Khalifah Kecil : Bulan ke-3

Hehehe. Nampak dah bentuk seorang baby... :) Alhamdulillah. Allah Maha Besar membentuk seorang manusia dengan sempurna. The Best Creator of all.... 

Khalifah Kecil: Bulan ke-4


Khalifah Kecil: Bulan ke-5


Khalifah Kecil: Bulan ke-7

Khalifah Kecil: Bulan ke-8


Dan dengan rahmat kasih sayang yang Allah kurniakan dalam hati, saya semakin rindu untuk mendengar tangisan khalifah kecil itu. Setiap hari, setiap waktu, sering risaukan dia. Adakah dia cukup zat? Adakah dia selesa? Adakah dia sihat? Masih bernafaskah dia? Jika baring begini adakah mencederakan dia? Jika baring begitu adakah akan merimaskan dia? Selamatkah dia kalau ibu guna LCD untuk mengajar? Apa akan jadi padanya kalau ibu terkena cahaya LCD, atau cahaya laser printer, atau cahaya laser fotostet? Setiap kali dilanda sesuatu yang merunsingkan, hanya Allah sahaja yang mampu menenangkan.... La hau lawala quwata illa billah..... Tiada daya & upaya melainkan dari Allah... kalimah yang seringkali berjaya menenteramkan hati. Sesuatu mudarat itu tidak akan menimpa melainkan dengan izinNya, dan sesuatu kekuatan itu tidak akan datang melainkan dariNya juga... Hanya Allah tempat berserah diri, hanya padaNya tempat berlindung. Semoga Allah pelihara anak dalam kandungan ini...

Sudah 9 bulan ibu mengandungkan khalifah kecil ini. Bilakah kita akan ketemu wahai anakku? Ibu rindu. Dan ayahmu juga sudah tidak sabar menyambut kelahiranmu. Ketika ibu dimasukkan ke wad beberapa kali kerana ada tanda-tanda bersalin (false alarm.. hehehe),  ayah sendiri yang sediakan ibu air doa untuk memudahkan kelahiran. Ayah juga yang bacakan surah Maryam di sisi ibu ketika waktu melawat di hospital. Sayangnya ayah pada baby yang belum mahu melihat dunia nie... :) 

It's okey. Allah sudah tuliskan tarikh lahir tertentu untuk baby ini. Dan jika sudah sampai masanya, kita akan bertemu juga, ye sayang... :) 

InsyaAllah....