Sunday, October 23, 2011

Part from the days

Part from the days

Part from the days where you used to do as you wish

,
And restrain your soul when the decree of Allah is ordained,


And don’t despair over the events of the past

,
Fore none of the events of the dunya (life) were ever meant to remain,


And be a man who is firm upon his affairs,


And whose character is that of pardoning and nobility,


And there is sadness or happiness that is continuous,


Just as there is there is no comfort or pain


If you are a person who is satisfied with what he has,


Then you and the owner of all possessions are equal,


And upon he who’s open valley death descends upon,


Then there is no earth or sky to protect you from it,


And the earth of Allah is vast but when the ordainment of Allah descends even the open 

valley congests.

Imam Shafi`ee’ (R.A)



Friday, October 21, 2011

Sangatlah Teringin! Apa Nak Buat...:-)

Assalamualaikum w.b.t

Tadi ade cerita pasal makan kan? Link berikut: Makan-makan. Hopefully, kita masing-masing dah tanam dalam hati untuk memperbaiki diri.. InsyaAllah... Oleh itu, sebagai pendorong, saya nak story kat siapa-siapa yang diizinkan Allah untuk menghayati cerita nie pulak ea... Sahabat Rasulullah yang mulia, Umar al-Khattab. Semoga peribadi beliau menjadi ikutan.

Bismillah...

Suatu hari, Umar datang ke rumah anak dia Abdullah. Sampai di rumah Abdullah, Umar nampak satu bungkusan daging. Pastu Umar pun tanya, "Kenapa ada daging kat sini?" 

Anak Umar cakap, "Aku rasa nak makan daging. Oleh sebab itu, aku pun beli sbb teringin nak makan."

Umar pun jawab kat anak dia, "Jadi, setiap kali teringinkan sesuatu, terus pegi beli lah ye? Cukupla dgn pembaziran yang dilakukan oleh seseorang, setiap kali dia inginkan sesuatu, lalu terus memakannya."

Hihiii, terasa plak. Manusia akhir zaman nie, kejap-kejap rasa nak makan sesuatu, memang tak pikey dua kali, tros beli. Sbb nak sgt makan... hadeyaiii... malu dgn para sahabat. Kalau lepas makan bersyukur, Alhamdulillah. Ada yg dah beli makanan, pastu ckp takk cukup masin la, manis sgt la, kurang pedas la, banyak minyak la... Skrg, baca plak kisah Umar yg lagi satu nie...

Umar al-khattab tak pernah hina makanan. Satu ari, pembantu dia nak testing. Dia cakap, "Ari nie, aku nak buat Umar mencela makanan dia." So, dgn sengaja, dia sediakan susu masam untuk Umar. Urghhh... sape nak minom susu masam....? huhuuu... Then dia anta kat Umar, pastu Umar pun minum. Subhanallah... wajah Umar terus berubah, tapi apa Umar kata, "Ya Allah, sedap sungguh rezeki Allah nie."

Hadeyyyy, lemah kan iman org zaman skarang? :-) 

Kalau makan, jarang orang fikir, ini aku makan sebab keinginan ke sebab keperluan? Kalau makan atas sebab 'ingin', asas konsumsi kita adalah nafsu. Nafsu nie skali dah kasik, dia nak lagi~ Tak penah nak puas. Jadi, mukmin yang bijak, makan ikut keperluan... :-) Kalau nasik satu senduk da cukup, tak perlu tambah lagi sampai penuh sepinggan, kan? Kalau lauk ikan seketul da cukup, da takyah tambah ngan lauk daging atau ayam lagi kan? Cukup-cukup je, asal ilang lapa... Rasulullah pun "berhenti sebelum kenyang" kan? Eeee, segan ngan Rasulullah.... insan yang paling agung pun makan ala kadar.. kita nie umat je nak makan lebih-lebih plak..:-)

Satu ari lagi, Umar nak ajar sorang anak raja nie. Anak raja nie demand sket bab-bab makan. Dia tak nak makan makanan yang murah dan tak sedap. So, Umar ajak dtg umah, then Umar sengaja taknak serve apa-apa dari pagi sampai malam. Tiba masa Umar utk serve anak raja tu makan, Umar cuma kasik bubur kacang kosong je. Anak raja tu, sbb da lapa sgt, dia pun makan banyak-banyak bubur tu, sampai dia kenyang. Pastu, baru Umar serve makanan yang mewah dn sedap. Anak raja tu sbb da kenyang, dia taknak da. So Umar ckp kat dia, "Kenapa nak bermewah-mewah dalam makanan sehingga memasukkanmu ke neraka padahal makanan murah dah cukup untuk engkau?"

haaaa..... terasa lagi... :-) hihi... jangan sampai sebab makanan pun kita diheret ke neraka ye...:-) biar berlapa sikit di dunia, tapi kenyang-kenyang di syurga.. ^_^

So, before mengakhiri cerita nie, cube tanya plak... Kenapa perlu ada dua buah kereta sedangkan satu kereta je pun dah cukup bagi kita? hihi... renung-renungkan, dan selamat beramal~ 

Wasalam... :-)


Makan-makan

Assalamualaikum w.b.t






Semoga sihat & dirahmati Allah....:)


Dah makan? hihi.... Alhamdulillah..... Allah beri makan sedap arini... ^^ Kalau kita kata 'makan', kita akan otometik teringat nasik lemak, roti canai, teh tarik, kueh jala, kari ayam, mi goreng, ikan bakar, cool blog, ayam penyet, dan dot dot dot.... Syukur, semua makanan Allah bagi sedap2 semuanya...... semuanya mengenyangkan..... (walaupun ada ramai yg da makan tp masih lapa lagi hihihi).... kalau boleh setiap jam nak makan..... huhu... astaghfirullah..... kenapa bole jadi camni ek? 


Well, simple.... first of all, makan adalah suatu keperluan. Kalau tak makan, (na'uzubillah) mati.... uhuk uhuk.... kan? Tapi memandangkan manusia zaman skarang dah kreatif, jadinye ada berjuta-juta lemon jenis makanan yg ada di kiri kanan, depan belakang.... oleh kerana pilihan yg byk nie pn semua nampak sedap, kalau boleh la kan, semua kita nak makan.... Isy isy..... skarang nie, cube lupekan semua imej2 makanan yg sedap nie kejap......... pastu duduk diam2........... istighfar dulu byk2........... tarik nafas dalam2........... dan FIKIR........... :-) macam mana la kite boleh rasa nak makan byk sgt nie.....? mcm mana la kita bole rasa nak makan tiap jam nie......? tutup mata kepala, buka mata hati.... of course, hati kata.... kerana NAFSU..:-)


Astaghfirullah........


Nafsu nie, sekali kita layan, lagi byk dia nak. Tak penah nak puas... cuba fikir macam mana anak-anak Somalia bole je idup lama walaupun tak cukup makan? Anak-anak yg kat sana tak cukup makan, kita plak terlebih makan, dah tu makan tak abes, membazir.... astaghfirullah...... hmmmm, :-) Jadi, kalau org lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? Anak-anak Somalia, makan ala kadar je. Siannye kan? Asal makan untuk hidup, cukuplah.....Setiap kali macam lapa sikit, terus makan nasik sebelanga~~~ isy isy..... macam mana Allah nak sayang nie? Macam mana la nak jadi hamba yang bersyukur kalau camni? Ha? lepas makan kata Alhamdulillah? ok fine... jgn ckp di mulut saje ea, kene rasa dalam hati perasaan Terima Kasih pada Allah yang dah bagi makan..... barulaa ada nilai-nilai bersyukur..... 


Tapi dah kata Alhamdulillah pun, still lagi dgn nafsu....sikit2 makan, sikit2 makan... nafsu kata, "Yes! Dia ikot ckp aku! Aku nak ini lah.... eh tak... aku nak itu plak lah... haaaa.. kali nie nak 5star punye...heh heh... terok btol aku nie kan? bialaaa.... org nie layankan je aku, so aku pon mintak je la. Ade akal taknak gune, ada hati taknak rasa..... nak sgt ikot ckp aku, nah amek la ngkau... duit ngkau yg abes, bukan duit aku... heh heh heh...". Hmmm, istighfar istighfar istighfar...... Kalau betul-betul bersyukur dgn Allah, makan nie kita kene la ingat orang lain jugak, kan? Kalau makan roti sekeping da cukup, kenapa nak makan nasik sepinggan? Kalau makan biskot celop air teh da cukup, kenapa nak roti canai? Nie la orang cerdik kata, makan ikut akal, bukan ikut nafsu..... :-) 


Ikut nafsu byk mudarat walaupun sedap. Duit abes cepat, berat badan bertambah, organ dalaman badan mudah rosak, malas bekerja, kuat tido, las-las suma tak dapat...... huhuuu mintak-mintak dijauhkan..... Allah, lindungilah kami yang lemah ini..... :-) Engkaulah Yang Maha Kaya..... Engkau beri apa yang kami minta, maka jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur... Peliharalah kami dari menjadi orang yang rugi..... amin amin amin....


Makanan fizikal biarlah berpada-pada..... yang patut diberi makan bukanlah nafsu.... tetapi roh..... kesian roh.... sentiasa lapar je..... merayu-rayu dgn tuan badan...."Tuan, aku lapar...... berilah aku makan..... tuan kata Subhanallah dgn ikhlas pun cukuplaa tuan..... satu kali pun takpe..... yang penting saya makan...." huuuuu, siannye roh...... Rindu pada Tuhan, tapi selalu kita dgr rayuan nafsu je... ntah sedar ke tidak kita roh sedang kelaparan...... astaghfirullah...... jgnlah kerana makanan kita masuk neraka...... okay?  


Roh perlukan solat..... perlukan zikir...... perlukan al-Quran........ insyaAllah, kalau roh cukup makan, nafsu akan kalah dengan mudah....... Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang menuju ke arah kebaikan.... jadi, tak ada apa yang perlu ditakutkan.... Kalau rezeki itu Allah sudah tetapkan untuk kita, takkan ada org lain yang boleh amek dari kita..... sikit atau banyak, semuanya sudah pasti Allah kata sangat cukup buat kita..... Bijaksana Allah..... yakinlah dengan Dia.... 


Jaga Allah, Allah pun jaga kita... :-)
Bahagia kan? hihi.... ^^


Wasalam....

Thursday, October 6, 2011

Subhanallah...

On the authority of Abu Dharr al-Ghifaari, may Allah be pleased with him, from the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him), from among the sayings he relates from His Lord (may He be glorified) that He said:

“O My servants, I have forbidden wrongdoing for Myself and I have made it forbidden for you. Therefore, do not wrong one another.

O My servants, all of you are lost except those whom I have guided. Therefore, seek guidance from Me and I will guide you.

O My servants, all of you are hungry except those whom I have fed. Therefore, seek food from Me and I will feed you.

O My servants, all of you are naked except those whom I have clothed. Therefore seek clothing from Me and I will clothe you.

O My servants, you sin by day and by night, and I forgive all sins. Therefore seek forgiveness from Me and I will forgive you.

O My servants, you will not be able to harm Me so as to bring any harm to Me and you will be able to benefit Me so as to bring any benefit to Me.

O My servants, if the first and the last of you and the human and the jinn of you were as pious as the most pious heart of anyone among you, it would not add anything to My dominion.

O My servants, if the first and the last of you and the human and the jinn of you were as wicked as the most wicked heart of anyone among you it would not decrease anything from My dominion.

O My servants, if the first and the last of you and the human and the jinn of you were to gather together on [the same sector] of land and all asked Me and if I were to give everyone of them what he asked, that would not decrease what I have any more than a needle decreases what is in the ocean when it is put into it.

O My servants, it is but your deeds that I reckon for you. Then I recompense you for them. The one who finds good is to give praises to Allah. The one who finds other than that should not blame anyone but himself.”

(Recorded in Muslim)

Tuesday, October 4, 2011

Cerita Orang Cerdik..:)

Assalamualaikum w.b.t..:)

Mood blogging datang kembali.. alhamdulillah...:)

Setiap orang dilahirkan di dunia atas matlamat yang telah ditentukan oleh Allah.. Setiap manusia, tanpa mengira bangsa & agama, telah diberi oleh Allah kelebihan2 & kemahiran supaya orang lain beroleh manfaat daripada usahanya menggunakan kelebihan yg dikurniakan itu... Tidak akan lengkap dunia ini tanpa ada kita... sekiranya suatu hari tiba2 kita lenyap, dunia ini akan menjadi huru hara, kerana setiap kita ini ada fungsinya masing-masing supaya dunia ini stabil & aman.

tetapi lumrah manusia, tidak bodoh, tetapi MALAS...... bukan hanya malas bekerja, bahkan malas untuk mengenal diri sendiri.. Malas mengenal diri sendiri, maka dia tidak tahu apa kelebihan yang telah Allah letakkan padanya... jadinya manusia ini malas menuntut ilmu.. walhal hanya dgn ilmu sahaja seseorang itu dapat membangunkan potensi yang ada pada dirinya.... 


Maha Bijaksana wahai Tuhan yang Menciptakan... Dia kasihan dengan hamba-hambaNya yang hanyut ini... terkapai-kapai dalam mencari haluan hidup.... maka Dia turunkan musibah & ujian.... akal manusia yang sempit menyifatkan ujian ini sebagai suatu laluan agar kita kembali kepadaNya... Ya, memang benar.... ujian itu sebenarnya indah dan jalannya tidak sukar sekiranya kita kembali kepada Dia yang Memberi ujian... 


"Sesungguhnya dengan besarnya bala (dugaan). Sesungguhnya Allah, jika sedang mencintai suatu kaum, maka Dia akan menimpakan bala kepadanya. Sesiapa yang redha, maka ia akan mendapat keredhaan (daripada Allah). Sesiapa yang benci, maka ia akan mendapat kebencian." - Sunan at-tirmizi, kitab az-Zuhd, no.2396

Maha Suci Allah... dikurniakanNya kepada kita POTENSI yang hanya kita mampu gunakannya... potensi yang perlu DICARI dengan BERFIKIR.. setelah diketahui kelebihan diri, seseorang itu perlu ILMU supaya potensi itu dapat digunakan dengan sebaik-baiknya, iaitu apabila dia hidup dengan memberi MANFAAT kepada umat... Lalu apabila seseorang hamba yang akalnya singkat ini MALAS untuk berfikir untuk mencari potensi diri, Allah turunkan UJIAN untuknya... hanya dengan itu, dia akan mula mencari JALAN KELUAR dari musibahnya itu..... 

Dia akan mula RAJIN mencari dan terus mencari, mula berdoa kepadaNya.. Ya Allah kasihanilah aku... tolonglah aku... Rajin berdoa, rajin menuntut ilmu, rajin berfikir, sehingga secara tidak disedarinya, dia telah MENGAKTIFKAN potensi dirinya itu.. akhirnya dia BERJAYA keluar dari musibah DAN berjaya MENGENAL potensi dirinya itu.....


Seorang pendayung sampan & seorang professor... Suatu hari professor ini menumpang perahu si pendayung... Dia bertanya, wahai si pendayung sampan, adakah engkau punya wang simpanan? Pendayung menjawab, tidak... aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, oleh itu aku tiada wang simpanan. Lalu professor itu menjawab, rugilah engkau wahai pendayung! Engkau telah kehilangan sebahagian nikmat hidupmu! Tiba-tiba sampan itu bocor.... Lalu si pandayung bertanya kepada professor, adakah engkau tahu berenang professor? Professor itu menjawab, tidak! aku tidak tahu berenang! Lalu si pendayung itu menjawab, rugilah engkau... kerana itu, engkau telah hilang seluruh hidupmu! Oleh kerana kasihan, dia membantu professor itu & akhirnya mereka selamat.


Pengajaran: biarpun hanya pendayung sampan, dia arif mengendalikan sampan & berenang walaupun hidupnya biasa. Kelebihan & potensi itu ada padanya yang tidak ada pada orang lain. Biar kita tidak punya harta, biar kita hidup sebatang kara, kita masih punya akal yang mampu menampung ilmu. Ilmu yang perlu ada untuk memaksimumkan potensi diri. Dengan itu, hidup kita adalah hidup yang memberi manfaat kepada orang lain. 



Namun hakikat manusia ini lemah..... dia tidak tahu dan tidak sedar... bahawa setiap yang telah dilaluinya itu adalah kerana Allah..... baginya, kini aku sudah senang, no problem! Lupa bahawa Allah yang Memberinya kelebihan, Allah menurunkan ujian supaya dia kenal dirinya & berjaya, Allah menunjukkan hatinya supaya mempelajari ilmu yang sekian sekian, Allah mengarahkan akalnya supaya berfikir tentang ini & itu, dan Allah jua yang menyuluh jalan keluar dari kesempitan..... 

hamba ini tidak bersyukur........ 

Tetapi Allah tetap kasihan.... diberikannya juga kita makan.... supaya kita tidak lapar..... diberikannya juga kita minum.... supaya hilang dahaga..... diberikannya juga kita udara.... supaya boleh bernafas dan hidup.......

Ujian Allah bukanlah musibah pada hakikatnya..... kerana ujian Allah adalah jalan keluar kepada segala permasalahan.... Dengan ujian dari Allah, seorang hamba itu menjadi hina... dengan ujian Allah, seorang hamba itu menjadi patuh...... dengan ujian Allah, seorang hamba itu menjadi bersungguh-sungguh...... Oleh itu setiap ujian itu MANIS apabila jiwanya dekat dengan Dia Yang Maha Indah....... dengan ujian, seorang hamba yang hina ini KENAL pada Penciptanya...... kenal segala Sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna..... lalu CINTA kepada Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....... Hati menjadi rindu padaNya, hanya Dia yang basah dilidah..... ketika berseorangan, Dia menjadi teman bicara..... memohon petunjuk dan hidayah..... meminta-minta dikasihani dan dikasihi.... meminta-minta untuk diberi penyelesaian kepada setiap perkara........ 


Kesimpulan: Ujian Allah adalah supaya seorang hamba itu SEDAR bahawa dia adalah hamba. Ujian Allah adalah supaya seorang hamba itu mengenal Tuhannya & mula mencintaiNya. Ujian itu juga adalah untuk melatih seorang hamba supaya menggunakan potensi dirinya... KERANA KITA INI SEMUANYA BIJAK-BIJAK BELAKA...Ujian itu hanyalah penunjuk jalan supaya kita menjadi insan yang lebih baik & membawa kebaikan kepada orang lain....:)


"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, semua perkara (yang terjadi pada) dirinya, selalu baik untuknya. Sekiranya mendapat kesenangan, dia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Jikalau ditimpa musibah, dia terus bersabar. Ini pun baik untuknya." - Sahih Muslim, kitab az-Zuhd wa ar-Raqaiq, no.7500

Semoga kita tidak lupa kepadaNya..... kerana Dia, kita adalah hamba yang BIJAK, CERDIK, & hidup untuk memakmurkan dunia, memudahkan urusan manusia sekaliannya, dan sentiasa bahagia.... 

Selamat dunia akhirat.... amin...:)




Monday, May 9, 2011

Cerita Seorang Budak :-)

Assalamualaikum w.b.t …….

Ada orang kata, tuan hakim selalu membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan. Aku harus mencari seorang hakim untuk menceritakan padanya keadaan aku. Begitu penat aku rasakan berjalan di bawah panas terik matahari. Sekurang-kurangnya, aku berjaya melepaskan diri dari mereka untuk ke sini. Tempat ini…..sungguh asing bagi aku. Di mana tuan hakim? Di sudut sana aku boleh melihat beberapa orang berbaju seragam. Jika mereka melihat aku, aku mungkin akan ditahan kerana lari dari rumah! Dengan hati yang gementar, aku menuju ke arah seorang wanita. Barangkali dia boleh membantu. Aku tanyakan padanya, “Puan, saya ingin bertemu tuan hakim.” Wanita itu memandang aku. Riak wajahnya seperti faham bahawa aku benar-benar serius memerlukan sebuah pembelaan. Dia membawaku menuju ke sebuah bilik yang dipenuhi orang ramai. Dari jauh aku lihat seorang lelaki yang duduk di ruang hadapan. Akhirnya. Inilah tuan hakim yang akan mendengar segala luahanku. Perjalanan yang agak jauh membuatku berasa sungguh penat, sehinggakan aku tertidur ketika menunggu giliran untuk berbicara. Setelah beberapa ketika, aku terjaga apabila dikejutkan oleh suara seorang lelaki. Dengan serta-merta aku sedar bahawa aku sedang bersemuka dengan tuan hakim! Beliau berkata, “Bagaimana saya boleh membantu wahai anak?” Inilah saat yang telah lama aku nantikan… “Tuan, saya mahu memohon cerai…” 
Namaku Nujood. Aku berumur 10 tahun…. Dan kini, aku seorang janda~~

Nujood, 2008.


Halo halo! Hehe… ini cerita sorg kanak-kanak Yaman. Nujood berasal dari khardji, sebuah kampung di Yaman. Di Yaman, terutamanya di tempat macam Khardji, perempuan memang takde hak. Shoya, mak kepada Nujood. Shoya dikahwinkan pada umur 16 tahun, dan dia tak bantah walau sepatah. 4 tahun lepas kahwin, Ali nikah pulak bini kedua. Hasil perkahwinan dengan Ali (bapak Nujood), Shoya dikurniakan 16 orang anak. Nujood, adalah anak perempuan ketiga. Selama membesar, Nujood jadi saksi ibu dia yang menjalankan tugas sebagai isteri dengan sangat tekun. Tak pernah melawan. Kemas rumah, jaga anak, kemas rumah, masak. 

Nujood dan bapaknye, Ali.


Satu ari tetiba Ali ada krisis ngn org kampong, jdi dorg satu family kene pindah. Nujood tak faham ape yg berlaku. Yang die tau, akak die no.2, Mona, tetibe da kawin ngn sorg laki. Mase tu Mona baru 13 tahun. Dorang pindah ke Sana’a..menyewa satu umah buruk di kawasan Al-Qa. Bapak Nujood amek upah jadi tukang sapu. Nujood pulak, sambung sekolah, dan die salah seorang yang cemerlang di sekolah. Sebab tak cukup duit, dorang salu lambat bayar sewa. Sampaikan adik-beradik Nujood (dan die skali) kene jual tisu di jalan-jalan, ketuk-ketuk tingkap kete orang masa tengah traffic jam untuk jual tisu die. 

Orang Yaman slalu hisap something namenye khat.. tak taula ape bendenye khat nie… Sbb nak lupekan masalah, Ali salu lepak kat satu tempat nie tuk isap khat. Satu ari mase bapak Nujood tgh lepak, tibe-tibe ade sorang lelaki datang kat die… Namanya Faiz..Orang tu cakap, nak tolong die, tapi, die nak sorang bini…. So, oleh sebab Nujood anak perempuan no.3 after kakak no.2 yg da kawin, memang patutla die menjadi pilihan terbaik bapaknye utk dijadikan bini orang tu. Mase tu, Nujood baru umo 10 tahun. Lelaki tu pulak (jgn kaget!!!), 30 tahun! 

Dengan rasa berat hatu Nujood terpaksa benti skolah. Bagi die, sbb mak die pon camtu, die pn rase die tak layak membantah. Hari Nujood dikawinkan dengan Faiz, die tak dibenarkan jumpe suaminya. Lepas dikahwinkan, Nujood masuk bilik dan tidur sampai pagi. Pagi tu, maknye bangunkan die, beg da siap depan pintu. Lepas besiap, Nujood pegi keluar dan Nampak ade sorang lelaki tunggu di kereta. Orang tu pendek, gemok, dan tak hensem! (Pakej 3 in 1) Inilah Faiz rupenye! Faiz da janji ngn bpk Nujood, takkan sentuh Nujood sampai die baligh.. 

Sampai di rumah Faiz, mak mertua die da tgu. Bukan dengan senyuman, tapi dengan muka yang lagi masam dari cuka ditambah asam gelugor dicampo sikit ngn asam jawa. Baru je sampai, Nujood da disuruh lap lantai, amek air, masak…. Kalo die cam penat sket, keje slow sket, mak mertua die cubit gigit-gigit (ehee…. Xdelah gigit). Akhirnye malam….. barulah Nujood ditunjukkan ke bilik die…. Nujood rase bernasib bek sbb bilik tu bilik die sorang2 punye…. Sebab penat, die tros tido…. Tibe2, die tkejot sbb pintu bilik die dibukak dgn kuat. Cis! Faiz yang gemok!

(alaaa….. tak bole la nak citer serius serius…..)
(ok… serius balik..)

Salah la citernye…. Tibe2 die dgr pintu tebukak, tp die tak dpt bukak mate sbb terlalu ngantok dn penat….. tapi die bole rase ade org hempap badan die….. die pakse gak bukak mate… die nak lawan faiz gemok, tapi die kecik sangat…. Siannye…. Die melawan, faiz pukul die… die lawan lagi, faiz pukul die dengan kayu… makin ari makin besa kayu yang die gune… Die ckp, Nujood bini die, die bole buat ape2 die nak… Sampai satu hari, Faiz benarkan Nujood balik melawat mak bapak die… Die rase cam tak pecaye! Bengap jugak si faiz nie rupenye. Kalau Tuhan da nak tolong, memang padanla faiz nie tetibe bengap. 

Kat umh, Nujood citer sume kat bpk die. Bpk die punyela naik angin! Tapi bukan naik angin pasal anak die diperdajalkan… marah sbb Nujood nak mintak cerai. Die cakap, “Tahan je lah ngn die. Maruah keluarga lebih penting!” Iyela tu! Org lelaki Yaman sangat pentingkan maruah. Malu kalo orang tau pasak cerai-berai nie. Mak Nujood pon tak berani nak melawan bpknye… Las2 Nujood g jumpe Dowla, bini no.2 bpk die. Yang si Ali nie plak sengal… kawen due tapi bini no.2 nye dibia je camtu. Ank da empat, toi tak penah dibagi nafkah. Sume DOwla carik duit sendiri. Tapi Dowla sgt baik.. Dowla lah yang bagi suggestion tuk Nujood cari hakim. Die bagi Nujood duitnye yang memang dah sedia ada sikit tu utk Nujood pegi ke bandar.

Esoknye, Nujood tak sabar jumpe mak die. Sbb pagi2 mak die mmg suruh Nujood g bli roti di pecan. Lepas dpt duit, Nujood pegi, tapi tak gi pecan, die gi bandar senyap2. Akhirnya….. die berjaya jumpe tuan hakim, dan memohon dibicarakan kes penceraian… nasib bek tuan hakim dan lawyer2 yang ade kat mahkamah tu sgt prihatin. Kes Nujood adalah yang pertama skali di Yaman. Perempuan kawin bawah umur mmg kebiasaan, tapi tak penah ade yang mintak cerai. Perempuan lain terlalu takut ngn suami masing2 agaknye. Tapi, Nujood tidak. Die di offer tinggal dengan tuan hakim. Bpknye dan Faiz ditahan polis, sampai hari perbicaraan. 

See see.... satu dunia tau citer die. Bagus budak nie~


(malas nak citer pasal perbicaraan die bley tak?) 
 

Kire finally, die berjaya la mintak cerai. Die cam segan gak ngn bapak die... Bpk die tak kene tangkap la...DIe ngn bpk die pon okay da skrg. Pastu, Masok skolah balik. Mase die jumpe tuan hakim aritu, cerita die sati dunia da tau... cepat tol media nie kan... Skrg Nujood femes la ade buku lagi pasal die :-) heheh.. Taun nie umo die da 15 taun, and die bercita-cita nak tegakkkan keadilan wanita especially pasal bab-bab kawin bawah umo di Yaman. The End~

Nujood bersama dengan heronye.... Lawyer yang selamatkan die :-)


Thursday, May 5, 2011

Bundle Of Joy^^

Assalamualaikum w.b.t :-)



heheee.... i'm back!!! heheheheee..... arini xmo citer pnjg2.....lately i'm working on a few books with my lecturer yang akan dipublish end of this year.. one of it is about little kiddies :-) the thing is, when you are involved in something, ape2 lah... menulis ke, study ke, masak ke.... if we dont have the passion to do it, sumenye takkan jadi.... yelah... sbb hati tak ikhlas.... i didnt say i dont like wat i do now... i agreed to do it because i really really like it :-)

Talk about giving all your heart into something you really love doing, i would like to introduce you to Anne Geddes. I've always been a fan of photography and arts.... cume tak reti je nak amek gamba lawa2, apatah lagi nak melukis :-) hehehe... and i've always loved children (especially now after i've spent these few months writing about raising them).. hehehe.... So Ms. Anne Geddes.... she's a photographer.... tapi, bukan photographer yg biase2.... she has a passion so great you couldn't even describe it... Actually, Anne Geddes nie amek gamba nature... yang specialnye gamba2 nature die..... die gunekan BABIES!!!!! hehehehehehe..... So die publish satu buku fotografinye, a collection of 140 photographs!!!.. tajuknye.....Beginnings.

'Her photographs remarkably capture the beauty, purity, and vulnerability of children, embodying her firm belief that each child must be protected, nurtured and loved'--- Reader's Digest, January 2011.

Tak caye?? Jom skodeng skodeng gamba2 yang dimaksudkan :-D

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


haaaaa...... lawa kan??? hahahahahaha..... comelnyeeeee!!!!!!


heheeee.... bolenye die gune bunge lalang ngn baby kulit itam.. haha.... cumilllll!!!!




Anne Geddes nie die dpt ilham mase die amek sarang burung... then die perasan, sarang tu bukan sekadar sarang.... ade telur, pupa, flower buds, and flower petals... terus die teringat kat babies.... tu yang jadinye gamba mcm2 nie.. hehehe.... huaaa!! kreatif!












Ade lagi gamba2 yang pelik2... tapi still cantik and cute!!! hahahaha....... cikidout folks!!! eeeeeeheeeeee^^


aloloooo keciknye awak :-) eheheheeee....... keciknye awakkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahahaha............


hahahaaa..... mcm nyet.... ngeheeeeeeeee^^



eheeee.... baby tak malu mane baju XD hehehehehee...... okayyyy.... tu je citer arini.... xde citer pon..... share gamba jee.. hahahaha..... eheee... ^^

Wassalam :-) smile always darling :-)



Tuesday, April 26, 2011

Insaf da Tak Kutuk Lagi :-)

Assalamualaikum w.b.t :-)




Heheeee… hari ni saye nak senyommm je :-) sbb tadi ade bace citer bes :-) heeeee…. Suke suke… :-) nie yg sukenye menulis buku… kte pon byk membaca sbb nak buat research… on the same tym, terjumpe plak ngn bende2 len yg bes-bes… macam cerita kite harini…..

Kite nak citer tentang SEMOT!!! Heeee…. Hmm… kesiannye semot-semot… salu kite kutuk semot-semot sbb bikin pening kepale…. Kalo datang tu beduyun-duyun bala tentera mcm ade mega sale je kat umh. Dalam bekas air kosong pon kadang2 ade semot swimming-swimming… kan?


“Makanan terbiar!! Kawan-kawan… serangg!!!!”


“Hoh!! Hoh!!... itu itu…. Itu worang mkn sampai jatoh2….. cepat amekkkkk sebelum dia sapu itu lantai!!!”


“Kiri kanan kirii….. kiri kanan kiriii….. angkat lagi!!!! Kutip lagi!!!! Amek sume yang adaaa!!!!!”




Siannyeee…. Hehe… ari minggu tu ktorg gi piknik…. Pagi tu saye busy la ngn nadia masak-masak nasik lemak…. Tgh tgu nasik masak (sbb xde periuk nasik so ktorg kene gune kuali pulak), dan sedang nadia buat sandwich, saye pon membusykan diri cabot2 kpale ikan bilis…. Mase tu nadia tgh berperang ngn lalat sekor yg suke kacau die…. Saye plak ditemani oleh semot-semot….. (tak byk pon semotnye… kurang dari 10 ekor la)..tgh2 buat keje tu, tgk semot2 kutip2 cebisan-cebisan ikan bilis yg jatuh2, mcm comel plak… hehehe… mcm kelam-kabut je dorg kutip sebijik-sebijik… takot kene pijak kot…heeee… kalo kite bergerak sket, die tinggal je ikan bilis tu, blahh… hahaha…siannye…. At least semot2 tu tak ganggu saye mse tu… die sibuk bersihkan keliling mangkuk tu je… heee.. actually, bersih gak die sapu sume… heee… senyum sorg2 tgk semot… dulu mase skolah saye rajin gak selamatkan semot2 yg lemas dlm cawan… hahaaa….. member2 sume pandang je.. “Wanie nie mcm xde bende len yg nak diselamatkan…” dah kesian, nak buat camane.. heeeee…. Tapi kite nie xde yang special macam Sulaiman bin Daud alaihimas salatuwassalam….. Nabi Allah, Nabi Sulaiman….. :-)

Nabi Sulaiman, adalah anak kpd Nabi Daud, yang tidak mewarisi harta, tetapi mewarisi ilmu Zabur, serta pentadbiran kerajaan. Maka Nabi Sulaiman merupakan seorang raja…. Istimewanya Nabi Sulaiman telah dikurniakan Allah mukjizat supaya boleh memahami bahasa binatang. Oleh itu Nabi Sulaiman adalah raja yang sangat hebat bala tenteranya yang bukan sahaja terdiri dari kalangan manusia…bahkan juga dari kalangan jin dan burung-burung…. Apabila Nabi Sulaiman berjalan, golongan jin dan manusia pun turut berjalan bersama… burung-burung pun terbang sehinggakan menaungi Nabi Sulaiman daripada panas dan lain-lain….. One day…. Nabi Sulaiman dan tenteranya berjalan melewati suatu lembah…. (heeee… bley tahan gak penceritaan wanie nie… hehehe)…. Tiba-tiba Nabi Sulaiman terdengar ade suara halus yg berkata-kata…. “Kawan-kawan!! Masuk dalam sarang kalian!!!” hehehe…

Seperti yang Allah ceritakan:

“Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, ‘Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tentera-tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.’” –surah an-Naml, ayat 18.

Nabi Sulaiman senyummm je dgr semut tu kasik signal kat member-member die…. Innocentnye semot2 tu….sgt terpuji perintah sekor semut yg sayang kepada rakan-rakannya… mesti kalo semot2 kat umah kita pon camtukan? Siannyee….. Suatu hari lagi, para Nabi dan umat-umat sekalian memohon diturunkan hujan…. Sedang masing-masing menadah tangan memohon kepada Allah, tiba-tiba dtg sekor semut comel yg join the club….. 


Riwayat Ibn Abi Syaibah no.29487, Al-Sadi berkata:
“Manusia telah ditimpa kemarau pada zaman Nabi Sulaiman a.s, lalu diperintahkan manusia (untuk memohon hujan). Lalu mereka pun keluar. (Dalam kalangan mereka ketika itu) ada seekor semut mengangkat kakinya menadah tangannya dan semut itu berkata: Wahai Tuhan kami, kami adalah antara makhluk ciptaan-Mu, tidaklah kami terkaya daripada rezeki-Mu jika Engkau memberi minuman kepada kami dan sama ada Engkau membinasakan kami.”

Nabi Sulaiman yang dengar semut kecik tu berdoa, lalu baginda berkata kepada para sahabatnya, “Kembalilah kamu semua kerana kamu semua akan memperoleh minuman. Sesungguhnya semut ini memohon hujan, pasti dimakbulkannya.”

Huuuuuuuuuu…. Sayu hati….. hmm… jahatnye kita pada haiwan2…. Bagi kite haiwan2 nie sume xde akal… tau bikin sakit ati je… padahal kita tak sedar, haiwan2 nie pun sering mendoakan kesejahteraan untuk kita…dulu mase spm cikgu salu cakap... jgn putus asa study.. sbb org yg menuntut ilmu, semua makhluk di darat dan di laut mendoakan keampunan untuk kita... kesiannyeee….. :-( saye xnak buat jahat pada binatang…. Huuuuu….. saye tak kutuk agi kucing yg buat dajal kat depan umh… Alhamdulillah atas kurnia Allah…..:-)

Kitty cat needs some Love!! meow~



Friday, April 22, 2011

Lapa ea??? Makanlahhh... hehe

Assalamualaikum w.b.t



Hmmm… hari ini hari Jumaat :-) Hari yg penuh dengan keberkatan… Saye doakan anda semua tetap di dalam redha Allah, dan Insyaallah dipermudahkan segala urusan :-) Oleh kerana hari nie hari Jumaat, kte akan bercerita tentang…MAKANAN….!!! Ape kaitan makanan dengan hari Jumaat? Ari2 len kite x makan ke? Hehe… keep on reading folks!

Yes.. sume org suke makan… Lagi2 wanie!! Heee… weekends saye ske roti canai kat aminah.., mkn bubo kat student corner.. smlm pn makan bubo gak kat sentosa (sedapp!!)… and ade kat student corner tu gak ade macik jual nasi lemak kukus (ayam goreng die besaaa!!!! Heee.. sgt sgt bes… )… tp unfortunately weekdays je bole rase nasik lemak die… pastu cucur udang lagi… aa!! Bes bes… and of course.. ayam penyet (wink wink)… heee… tom yam kedai kat pulai perdana tu huaa serious sedap…. And…. Makan2 kat senibung ^_~ huuuu…. Bukan stakat sedap… view pon bes…. Mkn2 tepi pantai …eeeeee…… sronottttnyee!!! (P.s: dear… nak g mkn kacang pooooollllll….. sdap eh? Heee…)

Makan sampai perut pecah XD

Hmmm… tapi ini semua hidangan dunia sahabat2 sekalian……………….. yes…. Memandangkan hari ini Jumaat…. Kite akan bercerita ttg …. makanan…………….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AHLI NERAKA! 


“Dalam (siksaan) angin yang amat panas, dan air panas yang mendidih, dan dalam naungan asap hitam. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan. Sesunggunya mereka sebelum itu hidup bermewahan. Dan mereka terus-menerus mengerjakan dosa besar.” –Al-Waqi’ah, ayat 42-46.


Kite kalau makan.. org kate mcm x hengat dunia kan? Ape lagi nak ingt akhirat? Btol tak? Sye pon camtu……. Kalo dh lapa, abang kat sbelah pon kte wat donno je… heeee.. Anyway…. Kite lupe …… kat akhirat nanti, pun kite akan ade rase lapar…. Ade rase dahaga….. Beruntunglah bagi ahli-ahli syurga.. Dalam Surah Al-Waqi’ah lagi Allah berfirman…

“Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (berbuah) dan tidak terlarang mengambilnya.” –ayat 28-33


Tetapi bagi ahli-ahli neraka………..mereka….(hmmm… xmo guna mereka…) ahli-ahli neraka akan sering merasa lapar… sering merasa dahaga….Rasa lapar dan dahaga yang dirasai oleh ahli-ahli neraka nie, kalau diibaratkan dengan lapar di dunia, kita bole mati sbb kebulur… tapi di neraka….? Mane ade dah kematian selepas akhirat?

“Kemudian sesungguhnya kamu hai orang-orang yang sesat lagi mendustakan, benar-benar akan memakan pohon zaqqum, dan akan memenuhi perutmu dengannya.”-Al-Waqi’ah, ayat 51-53.

Abu Jahal mempersendakan pohon zaqqum pada waktu ahli Makkah pertama kali dgr nama zaqqum.. sbb pokok nie tak tumbuh di tanah negeri Makkah… Abu Jahal kate, “Tahukah kamu apa itu pohon zaqqum? Ia adalah kurma yg dicampur dgn mentega.” Lalulah Abu Jahal dan sahabat2nya gelak2 sambil makan kurma campur mentega….

Tetapi…. Allah berfirman…

“Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala. Mayang (buahnya) seperti kepala-kepala syaitan.” – Al-Saffat, ayat 64-65.

Hadis riwayat al-tirmizi (no.2585), Al-Tirmizi berkata: “Hadis hasan sahih”. (P.s: I’m not sure wat the numbering means, but it shows bukan hadis palsu I think…. Maafkan kekurangan ilmu pada hamba.. hehe)

Rasulullah bersabda:
“Andai setitis daripada buah zaqqum terjatuh ke laut dunia, nescaya musnah semua kehidupan yang terdapat di dalamnya. Maka bayangkanlah bagaimana jika seseorang memakannya?”

Zaqqum…….. nama untuk setiap makanan yang beracun. Sesiapa yang makan racun, pasti akan mati! Baunya busuk. Daunnya bulat dan kecil. Zaqqum keluarkan getah putih.. kalau kene kulit, akan bengkak-bengkak. Dah tentu kalau makan… manusia akan mati!


Neraka dipenuhi api, tapi pohon zaqqum tidak terbakar… sbb zaqqum di neraka tumbuh daripada inti api neraka. Akarnya menjalar dari dasar jahanam… dan cabangnya mejalar sehingga semua tingkat-tingkat neraka. Dalam surah al-Saffat di atas, Allah ceritakan buah zaqqum seperti kepala-kepala syaitan. Imam Al-zamakhsyari dalam tafsirnya menceritakan buah zaqqum diibaratkan seperti kepala syaitan sbb keburukan yg dimiliki oleh zaqqum seperti syaitan… sedikit pun tidak ada kebaikan padanya. 


Tapi kenape ahli neraka still lagi nak mendekati dan makan buah dari pohon zaqqum nie kalau tau ia sgt sengsara kalau memakannya? Sbb tak ada pilihan!!!! Tak ade ayam penyet di neraka… tak ada bubo di neraka… dan tak ada nasi lemak kukus….. yang ada …… pohon zaqqum (dan lain-lain lagi seperti ghislin, ghassaq, hamim, dan dari’). Yang apabila dimakan…rasanya seperti memakan minyak panas!! Bukan setakat makan…. Malah ahli-ahli neraka memenuhkan perut dgn buahnya…!!! Lepas makan…… oleh kerana buah zaqqum sgtlah panas…. Maka ahli-ahli neraka akan merasa dahaga pulak….

“Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas. Maka kamu minum seperti unta yang sedang kehausan.” –Al-Waqi’ah, ayat 54-55.


“Ia(ahli neraka) meminum air nanah itu dengan susah payah, hampir tidak dapat menelannya. Maka datanglah maut dari segenap penjuru, namun ia tidak akan mati. Di hadapannya masih ada azab yang sangat berat.” –Surah Ibrahim, ayat 17. 


Imam al-zamakhsari menceritakan lagi, derita dahaga daripada memakan buah zaqqum adalah minuman timah cair yang sangat panas hingga terputus usus-usus perut ahli neraka. Kesakitannya, seperti yang Allah ceritakan dalam surah Ibrahim di atas, ibarat sakaratulmaut…. Sakaratulmaut adalah sakit wahai manusia…… Bayangkan merasa kesakitan sakaratulmaut setiap saat, terus-menerus tanpa henti…..

Jadi………………. makanan ahli neraka nie… bukanlah makanan… sbb lapar dan dahaga bukan bole ilang…… Hidangan di neraka hanyalah suatu bentuk seksaan organ-organ dalaman yang Allah bagi pada hamba-hamba yang tinggal di neraka. Na’uzubillah~~~

Hmmm…… slalu je kita lalai dari ingat pada Allah…. Even udara yg kita sedut setiap masa adalah rahmat dari Allah… tapi adakah kita bersyukur? Adakah kita ingat pada Allah? Kita baca Quran sekadar nak dapat pahala….? Patutkah? Ikhlaskah? Bukankah kita patut baca Quran untuk mencari ilmu supaya dijadikan pedoman agar tetap pada jalan Allah… supaya kita tidak tergolong dalam golongan ahli-neraka…. Dengan syaitan yang sentiasa mengalir dalam salur darah… dan hati yang masih lagi banyak titik-titik hitam… kita mmg akan sering lupa akan janji-janji kita pada Allah…. janganlah kita buang masa dengan bermalas-malasan….. bekerja mencari rezeki juga adalah untuk mencari redha Allah…. Allah jadikan siang untuk bekerja dan berkhidmat kepada rakyat… Malam… bukan sahaja untuk berehat dengan tidur…. Malam pun, kita berehat dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta… Berbakti kepada Allah…. Hayatilah al-Quran…. saye nie pun bukan perfect…. Banyak buat dosa… Tapi, jangan pernah putus asa dalam mencari redha Allah…..

Wassalam :-) 



Tuesday, April 19, 2011

KISAH SATU MALAM .. muahaha!

Assalamualaikum w.b.t :-)



Sihat semua?? Insyaallah~~ yesterday I posted about becoming a morning person. Yep… memandangkan wanie nie mmg suke sgt nak terjaga setiap jam, so memang wajarlah kite mulekan hari seawal yg mungkin :-) …… arini siang2 lagi da pegi jogging :-) hahaha…. Hmm, skg pukul 9pg (regardless of wat tym I posted this)… tgh rehat2 minum air… tetibe rase nak blogging plak… sedang duduk2 memandang cursor yg terkelip-kelip … teringatlah pulak kisah mlm semalam…………………..

Hehe…. Hari ni kite citer hantu!!! Muahahaaaaaa XD

(amek mood suspen)

Suatu malam….Jam menunjukkan jam 11… wanie baru balik makan bersama abang…….
Masuk bilek, tuka bju, tutup lampu… aipps, blom gosok gigi! Bukak lampu, pegi toilet, gosok gigi, cuci muka, cuci kaki, masuk bilik, tutup lampu, tutup pintu.. oppss.. gelap!.. bukak pintu ckit… baring, carik hpon dalam gelap, msg abang goodnite, then tido…

Hmm… dalam keadaan separuh sedar… stengah macam da nak mimpi dah, stengah lagi cam bole dgr agi nadia (housemate) dok kung-kang-kung-kang kat bilek die.. tak tau la wat pe…. After a few heartbeat, wanie mulelah melayari alam mimpi…. Hmmm… tidur dgn lena :-)……………….zzzzzzzzZZZzzzzzz~~

TIBA-TIBA!!!!!

klik’!!
BANGGGG!!
Bunyi air…….
(p.s: bilik wanie is only 3 kaki berdepan ngn bilik air…)

Wanie tekejot!! Terduduk…………seraya berkata…(dalam hati)(dgn blur)……(dgn mamai…)….Eh….. apesal bilek jadi terang neh???!!!”

Pandang suis lampu bilik…

Hatiku berkata lagi………..“Derrrr!!!! Suis on derrrr!!!! Sape yg on???????!!!!”


Wanie terus menuju ke pintu yg sedia ada terbukak ckit kira-kira 2 cm itu….. pandang kanan…gelap……. Pandang kiri….. oh.. lampu dapur tak tutup….. pandang lagi kiri ckit….. ha!!! Nadia!!! Hmmm… nadia xde kat bilek……… pintu bilik nadia tebukak…..

mamai lagi………………..
blurrrr……. Takley pikey…
bunyi air agi……

“Hmmm… nadia kat bilik air nie… tapi nape nadia nak bkk lampu bilik kite kalo nak g bilik air pon? Die tak tau ke kite da tido? Takkan die still nk bkk lampu kalo kite da tido….lampu bilik kite plak lagi…MUSYKILLLL!!!! ”

Berdiri lagi depan pintu… pikey dan pikey dan pikey dan pikey………… tapi jawapan tak muncul-muncul…. Nape nadia nak bukak lampu ek?? Kite kan da tido! Die kan nak gi toilet! I don’t see any connection!!!! I was already asleep!!!! WHY????!!!!

How????!! Oh.. senang je… suis lampu ekzekeli kat sbelah pintu… hehe… bukak pintu bilik wanie, panjang2kan tgn ckit, suis on! TAPI KENAPE???? KITE DA TIDOOOO!!!!!

Tak mungkin nadia kan? Abes tu???? Sape??? 

Semua yg diatas berlaku dalam jangka masa 5 minit….

Selepas 5 minit berfikir dan tak dapat jawapan………………Pintu toilet berbukak………… kemudian…


“MAKKK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WANIE???!!!!”

Nadia tekejot…. Mungkin sbb tengok wanie yg pakai bju tido panjang kaler gelap dengan keadaan yg seolah-olah tidak terurus berdiri dgn muke serius depan pintu….

Wanie pon membalas… “Nadia……..!!! Takottt………..!!”

“Laaaaa….. wanie ade ke kat bilek??? Ingtkan wanie kua tak balik agi tadi…..tadi kan kate nak kua…..”

“A’ah…. Kua…….. da balik……… tapi…”

“ Ingtkan wanie xde… nadia bkk la lampu bilik wanie, nak g toilet! Terang ckit toilet nie kalo bkk lampu bilik wanie…”

P.S: lampu toilet dah 2 bulan tak idop ye… da mati…. Tinggi sangat kalo nk ganti… pendek… tak sampai…haha…

“ooooooooooooooooooooooooo…… kte pelik gak tadi. Kalo kite da tdo, nape nadia nak bukak lampu bilik kite? Tapi kalo bukan nadia, abes sape lagi kan?”

Wanie terus gelak dengan kekalutannya sendiri…..hahahahahahahahhaha… Nadia pon gelak dengan ke… ke…. ke….. ke….. ke ape?... kekeliruan? … ke…. Kepelikkan?..... ke….. kekelakaran!!! Whateverlah..

Hehe.. sudah masing2 berpuas hati, maka kami pun kembali ke bilik…. Wanie pon tutup balik lampu… dan bukak ckit pintu….. dan teros sambung tido….

T.A.M.A.T


Muahahahahahaaaaaaaaa!! Nape nak takot ngn bende lain? Hanya Allah yg harus kita takuti! Kalau kita takut dengan Allah, dan taat segala perintah Allah, iblis pun malas nak pengaruhi kita. Die pon takut ngn kekhalifahan kita… Sekarang org ramai suke tengok citer hantu… saye pon suke gak tgk citer hantu… tapi kan… sedar tak sedar, nanti ia akan pengaruhi pemikiran kita…. Kite jadik takut dgn gelap… sbb takut nnt antu muncul sbelah katil ke…. Muncul atas siling ke…… (glupp!)… the point is… yg ghaib itu mmg ada.. Allah jadikan die ghaib ade hikmahnya… jadi kite nie… tak yah kot penat2 nak pikey pasal bende2 tu sume…. Ayat2 Quran adalah untuk diamal, dan dijadikan pedoman…. Bukan sekadar tangkal yg disimpan untuk menghalau hantu… btol tak???

Al-Quran adalah pendidik hati manusia…. Marilah kita kembali ke jalan yang benar….

“Wahai Tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan yang lurus..”
Amin~

Wassalam folks! Selamat beramal!!! Cek2 bwh katil kot-kot adeeeee….. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TIKOS! Hehe.. bye!!

Peek-a-boo!