Sunday, October 23, 2011

Part from the days

Part from the days

Part from the days where you used to do as you wish

,
And restrain your soul when the decree of Allah is ordained,


And don’t despair over the events of the past

,
Fore none of the events of the dunya (life) were ever meant to remain,


And be a man who is firm upon his affairs,


And whose character is that of pardoning and nobility,


And there is sadness or happiness that is continuous,


Just as there is there is no comfort or pain


If you are a person who is satisfied with what he has,


Then you and the owner of all possessions are equal,


And upon he who’s open valley death descends upon,


Then there is no earth or sky to protect you from it,


And the earth of Allah is vast but when the ordainment of Allah descends even the open 

valley congests.

Imam Shafi`ee’ (R.A)



Friday, October 21, 2011

Sangatlah Teringin! Apa Nak Buat...:-)

Assalamualaikum w.b.t

Tadi ade cerita pasal makan kan? Link berikut: Makan-makan. Hopefully, kita masing-masing dah tanam dalam hati untuk memperbaiki diri.. InsyaAllah... Oleh itu, sebagai pendorong, saya nak story kat siapa-siapa yang diizinkan Allah untuk menghayati cerita nie pulak ea... Sahabat Rasulullah yang mulia, Umar al-Khattab. Semoga peribadi beliau menjadi ikutan.

Bismillah...

Suatu hari, Umar datang ke rumah anak dia Abdullah. Sampai di rumah Abdullah, Umar nampak satu bungkusan daging. Pastu Umar pun tanya, "Kenapa ada daging kat sini?" 

Anak Umar cakap, "Aku rasa nak makan daging. Oleh sebab itu, aku pun beli sbb teringin nak makan."

Umar pun jawab kat anak dia, "Jadi, setiap kali teringinkan sesuatu, terus pegi beli lah ye? Cukupla dgn pembaziran yang dilakukan oleh seseorang, setiap kali dia inginkan sesuatu, lalu terus memakannya."

Hihiii, terasa plak. Manusia akhir zaman nie, kejap-kejap rasa nak makan sesuatu, memang tak pikey dua kali, tros beli. Sbb nak sgt makan... hadeyaiii... malu dgn para sahabat. Kalau lepas makan bersyukur, Alhamdulillah. Ada yg dah beli makanan, pastu ckp takk cukup masin la, manis sgt la, kurang pedas la, banyak minyak la... Skrg, baca plak kisah Umar yg lagi satu nie...

Umar al-khattab tak pernah hina makanan. Satu ari, pembantu dia nak testing. Dia cakap, "Ari nie, aku nak buat Umar mencela makanan dia." So, dgn sengaja, dia sediakan susu masam untuk Umar. Urghhh... sape nak minom susu masam....? huhuuu... Then dia anta kat Umar, pastu Umar pun minum. Subhanallah... wajah Umar terus berubah, tapi apa Umar kata, "Ya Allah, sedap sungguh rezeki Allah nie."

Hadeyyyy, lemah kan iman org zaman skarang? :-) 

Kalau makan, jarang orang fikir, ini aku makan sebab keinginan ke sebab keperluan? Kalau makan atas sebab 'ingin', asas konsumsi kita adalah nafsu. Nafsu nie skali dah kasik, dia nak lagi~ Tak penah nak puas. Jadi, mukmin yang bijak, makan ikut keperluan... :-) Kalau nasik satu senduk da cukup, tak perlu tambah lagi sampai penuh sepinggan, kan? Kalau lauk ikan seketul da cukup, da takyah tambah ngan lauk daging atau ayam lagi kan? Cukup-cukup je, asal ilang lapa... Rasulullah pun "berhenti sebelum kenyang" kan? Eeee, segan ngan Rasulullah.... insan yang paling agung pun makan ala kadar.. kita nie umat je nak makan lebih-lebih plak..:-)

Satu ari lagi, Umar nak ajar sorang anak raja nie. Anak raja nie demand sket bab-bab makan. Dia tak nak makan makanan yang murah dan tak sedap. So, Umar ajak dtg umah, then Umar sengaja taknak serve apa-apa dari pagi sampai malam. Tiba masa Umar utk serve anak raja tu makan, Umar cuma kasik bubur kacang kosong je. Anak raja tu, sbb da lapa sgt, dia pun makan banyak-banyak bubur tu, sampai dia kenyang. Pastu, baru Umar serve makanan yang mewah dn sedap. Anak raja tu sbb da kenyang, dia taknak da. So Umar ckp kat dia, "Kenapa nak bermewah-mewah dalam makanan sehingga memasukkanmu ke neraka padahal makanan murah dah cukup untuk engkau?"

haaaa..... terasa lagi... :-) hihi... jangan sampai sebab makanan pun kita diheret ke neraka ye...:-) biar berlapa sikit di dunia, tapi kenyang-kenyang di syurga.. ^_^

So, before mengakhiri cerita nie, cube tanya plak... Kenapa perlu ada dua buah kereta sedangkan satu kereta je pun dah cukup bagi kita? hihi... renung-renungkan, dan selamat beramal~ 

Wasalam... :-)


Makan-makan

Assalamualaikum w.b.t






Semoga sihat & dirahmati Allah....:)


Dah makan? hihi.... Alhamdulillah..... Allah beri makan sedap arini... ^^ Kalau kita kata 'makan', kita akan otometik teringat nasik lemak, roti canai, teh tarik, kueh jala, kari ayam, mi goreng, ikan bakar, cool blog, ayam penyet, dan dot dot dot.... Syukur, semua makanan Allah bagi sedap2 semuanya...... semuanya mengenyangkan..... (walaupun ada ramai yg da makan tp masih lapa lagi hihihi).... kalau boleh setiap jam nak makan..... huhu... astaghfirullah..... kenapa bole jadi camni ek? 


Well, simple.... first of all, makan adalah suatu keperluan. Kalau tak makan, (na'uzubillah) mati.... uhuk uhuk.... kan? Tapi memandangkan manusia zaman skarang dah kreatif, jadinye ada berjuta-juta lemon jenis makanan yg ada di kiri kanan, depan belakang.... oleh kerana pilihan yg byk nie pn semua nampak sedap, kalau boleh la kan, semua kita nak makan.... Isy isy..... skarang nie, cube lupekan semua imej2 makanan yg sedap nie kejap......... pastu duduk diam2........... istighfar dulu byk2........... tarik nafas dalam2........... dan FIKIR........... :-) macam mana la kite boleh rasa nak makan byk sgt nie.....? mcm mana la kita bole rasa nak makan tiap jam nie......? tutup mata kepala, buka mata hati.... of course, hati kata.... kerana NAFSU..:-)


Astaghfirullah........


Nafsu nie, sekali kita layan, lagi byk dia nak. Tak penah nak puas... cuba fikir macam mana anak-anak Somalia bole je idup lama walaupun tak cukup makan? Anak-anak yg kat sana tak cukup makan, kita plak terlebih makan, dah tu makan tak abes, membazir.... astaghfirullah...... hmmmm, :-) Jadi, kalau org lain boleh buat, kenapa kita tak boleh? Anak-anak Somalia, makan ala kadar je. Siannye kan? Asal makan untuk hidup, cukuplah.....Setiap kali macam lapa sikit, terus makan nasik sebelanga~~~ isy isy..... macam mana Allah nak sayang nie? Macam mana la nak jadi hamba yang bersyukur kalau camni? Ha? lepas makan kata Alhamdulillah? ok fine... jgn ckp di mulut saje ea, kene rasa dalam hati perasaan Terima Kasih pada Allah yang dah bagi makan..... barulaa ada nilai-nilai bersyukur..... 


Tapi dah kata Alhamdulillah pun, still lagi dgn nafsu....sikit2 makan, sikit2 makan... nafsu kata, "Yes! Dia ikot ckp aku! Aku nak ini lah.... eh tak... aku nak itu plak lah... haaaa.. kali nie nak 5star punye...heh heh... terok btol aku nie kan? bialaaa.... org nie layankan je aku, so aku pon mintak je la. Ade akal taknak gune, ada hati taknak rasa..... nak sgt ikot ckp aku, nah amek la ngkau... duit ngkau yg abes, bukan duit aku... heh heh heh...". Hmmm, istighfar istighfar istighfar...... Kalau betul-betul bersyukur dgn Allah, makan nie kita kene la ingat orang lain jugak, kan? Kalau makan roti sekeping da cukup, kenapa nak makan nasik sepinggan? Kalau makan biskot celop air teh da cukup, kenapa nak roti canai? Nie la orang cerdik kata, makan ikut akal, bukan ikut nafsu..... :-) 


Ikut nafsu byk mudarat walaupun sedap. Duit abes cepat, berat badan bertambah, organ dalaman badan mudah rosak, malas bekerja, kuat tido, las-las suma tak dapat...... huhuuu mintak-mintak dijauhkan..... Allah, lindungilah kami yang lemah ini..... :-) Engkaulah Yang Maha Kaya..... Engkau beri apa yang kami minta, maka jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur... Peliharalah kami dari menjadi orang yang rugi..... amin amin amin....


Makanan fizikal biarlah berpada-pada..... yang patut diberi makan bukanlah nafsu.... tetapi roh..... kesian roh.... sentiasa lapar je..... merayu-rayu dgn tuan badan...."Tuan, aku lapar...... berilah aku makan..... tuan kata Subhanallah dgn ikhlas pun cukuplaa tuan..... satu kali pun takpe..... yang penting saya makan...." huuuuu, siannye roh...... Rindu pada Tuhan, tapi selalu kita dgr rayuan nafsu je... ntah sedar ke tidak kita roh sedang kelaparan...... astaghfirullah...... jgnlah kerana makanan kita masuk neraka...... okay?  


Roh perlukan solat..... perlukan zikir...... perlukan al-Quran........ insyaAllah, kalau roh cukup makan, nafsu akan kalah dengan mudah....... Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang menuju ke arah kebaikan.... jadi, tak ada apa yang perlu ditakutkan.... Kalau rezeki itu Allah sudah tetapkan untuk kita, takkan ada org lain yang boleh amek dari kita..... sikit atau banyak, semuanya sudah pasti Allah kata sangat cukup buat kita..... Bijaksana Allah..... yakinlah dengan Dia.... 


Jaga Allah, Allah pun jaga kita... :-)
Bahagia kan? hihi.... ^^


Wasalam....

Thursday, October 6, 2011

Subhanallah...

On the authority of Abu Dharr al-Ghifaari, may Allah be pleased with him, from the Prophet (peace and blessings of Allah be upon him), from among the sayings he relates from His Lord (may He be glorified) that He said:

“O My servants, I have forbidden wrongdoing for Myself and I have made it forbidden for you. Therefore, do not wrong one another.

O My servants, all of you are lost except those whom I have guided. Therefore, seek guidance from Me and I will guide you.

O My servants, all of you are hungry except those whom I have fed. Therefore, seek food from Me and I will feed you.

O My servants, all of you are naked except those whom I have clothed. Therefore seek clothing from Me and I will clothe you.

O My servants, you sin by day and by night, and I forgive all sins. Therefore seek forgiveness from Me and I will forgive you.

O My servants, you will not be able to harm Me so as to bring any harm to Me and you will be able to benefit Me so as to bring any benefit to Me.

O My servants, if the first and the last of you and the human and the jinn of you were as pious as the most pious heart of anyone among you, it would not add anything to My dominion.

O My servants, if the first and the last of you and the human and the jinn of you were as wicked as the most wicked heart of anyone among you it would not decrease anything from My dominion.

O My servants, if the first and the last of you and the human and the jinn of you were to gather together on [the same sector] of land and all asked Me and if I were to give everyone of them what he asked, that would not decrease what I have any more than a needle decreases what is in the ocean when it is put into it.

O My servants, it is but your deeds that I reckon for you. Then I recompense you for them. The one who finds good is to give praises to Allah. The one who finds other than that should not blame anyone but himself.”

(Recorded in Muslim)

Tuesday, October 4, 2011

A Lost Child

Assalamualaikum w.b.t

Wanita dijadikan Allah sebagai insan yang lembut jiwanya.... wanita yang solehah, dicemburui bidadari syurga.... wajahnya manis sentiasa menghadiahkan senyuman, tenang ketika bersamanya, senang dengan segala tutur katanya.... anugerah Allah kepada manusia, sebagai rahmat.... wanita adalah penyelamat.... 

tidak kira berapa usianya, seorang wanita sentiasa memegang amanah Allah untuk melindungi....dengan hatinya yang mudah tersentuh, jiwa yang penuh dengan kasih sayang & belas kasihan, seorang perempuan itu adalah juga seorang ibu.... 

Tugas & tanggungjawab telah menemukan saya dengan ramai anak muda.. kehadiran saya dalam hidup mereka pada mulanya hanyalah seorang pendidik.... Alhamdulillah mereka mudah menerima segala tunjuk ajar..... tetapi ada sesuatu pada wajah2 mereka yang mengatakan bahawa mereka perlukan perhatian & bimbingan..... kasihan anak-anak ini........ demi Allah, biarlah saya menjadi 'ibu' kepada mereka.... Dengan izin Allah, beberapa telah meluahkan kekecewaannya terhadap diri sendiri... dia merasakan dirinya lemah & akan menghampakan orang-orang yang disayanginya.. Demi Allah yang telah memberikan saya ilmu & pengalaman, saya akan bimbing anak-anak ini sehingga dia menemui kebahagiaan....   

anak-anakku..... jangan bersedih & jangan berdukacita.... ibu ingin berpesan, orang yang berjaya tidak pernah memenjarakan hati dan fikirannya di dalam masa lampau..... setiap saat yang berlalu, tidak akan kembali..... orang yang berjaya akan berusaha mencari jalan keluar, & tidak terus-menerus dihantui sejarah..... Setiap yang berlaku pada diri kita adalah kerana kita sendiri yang menjadi penyebabnya..... gagal dalam peperiksaan, kawan2 yang suka mencari gaduh, semuanya adalah kerana kita..... sekiranya disalahkan kertas soalan, mengapa ada pelajar lain yang boleh lulus menjawab soalan yang sama? Sekiranya disalahkan orang yang dtg mencari gaduh, mengapa harus kita yang dicari & bukan pelajar lain? Apa yang ibu ingin sampaikan, bukan bermaksud untuk menyalahkan diri sendiri sehingga menyebabkan kita merasa semua orang kecewa dengan perbuatan kita...... tetapi, apa yang ibu maksudkan ialah kita bertanggungjawab terhadap setiap tutur kata, setiap buah fikiran, setiap perasaan, & setiap tingkah laku kita. Semua inilah yang akan mempengaruhi reaksi orang2 yang kita jumpa, dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara.... 

Allah Maha Bijaksana.... Allah Maha Pengasih.... Allah Maha Mengasihani..... maka percayalah dengan takdir Allah..... tujuan Dia menggagalkan kita dalam sesuatu perkara bukanlah kerana Dia mahu kita gagal dalam hidup.... tetapi untuk kita berfikir dan merenung kelemahan diri yang perlu diperbaiki.... supaya kita sedar bahawa kita manusia yang lemah.... supaya kita sedar bahawa kelemahan ini memerlukan ilmu agar kita tidak ditindas oleh pihak lain...... supaya kita sedar bahawa Dia telah menghadiahkan kita suatu kurnia iaitu kekuatan untuk keluar dari setiap masalah yang dihadapi...... 

Oleh itu anak-anakku, jangan bersedih..... gagal dalam peperiksaan bukanlah gagal... ia hanyalah suatu pujukan daripada Allah supaya kita berusaha untuk menjadi seorang INSAN..... Allah memujuk supaya dengan sedikit ujian ini, kita sedar bahawa kita bertanggungjawab untuk menyelamatkan diri sendiri.....Allah pujuk supaya kita sedar hakikat kita ini adalah khalifah Allah.. memegang suatu amanah untuk memakmurkan dunia... maka kita memohon petunjuk daripadaNya..... dengan itu bukan sahaja kita mampu keluar dari ujian, kita juga berjaya mendekatkan diri kepada Allah.... 

Berjaya bukanlah apabila kita mendapat 10A1 dalam peperiksaan... bukanlah apabila kita sudah mendapat ijazah... bukanlah ketika kita mampu tinggal di dalam istana..... jika begitu kejayaan ini hanyalah suatu kepuasan yang sementara.....kerana kejayaan itu bukan suatu destinasi..... sukar untuk diceritakan tentang erti kejayaan sebenar... 

apa yang pasti, ialah redha Allah..... adakah Dia redha kita sebagai hambaNya...? Apa kejayaan itu, ibu juga masih mencari maknanya..... tetapi, ibu yakin akan kebahagiaan hakiki, bukan kepuasan duniawi..... kebahagiaan dalam apa jua situasi yang dihadapi...... susah senang tetap bahagia...... mungkin itulah dia kejayaan....

Semoga Allah beri petunjuk.....  alhamdulillah.... Allah izinkan saya menjadi 'ibu'... :)